Friday 5 October 2012

Tidak Ikhlas: Diseret ke Neraka


Abu hurairah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Mula-mula manusia yang akan diadili pada hari kiamat ialah seseorang yang gugur dalam peperangan. Dia didatangkan, lalu Allah memperlihatkan nikmat yang telah Allah berikan kepadanya semasa di dunia sehingga dia melihatnya. Allah bertanya: 'Apakah yang telah kamu buat ke atas nikmat-nikmat tersebut?' Dia menjawab: 'Aku berperang di jalan-Mu sehingga aku gugur syahid.'

Allah berfirman:
'Kamu berdusta, sebaliknya kamu berperang supaya kamu digelar seorang yang berani dan gelaran itu telah diberikan.'
Kemudian diperintahkan supaya wajahnya diseret dan dilemparkan ke dalam neraka.

"Lalu seseorang yang belajar ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-Quran didatangkan, lalu Allah memperlihatkan nikmat-Nya yang telah diberikan kepadanya sehingga dia ditanya: 'Apakah yang telah kamu buat atas nikmat-nikmat tersebut?' Dia menjawab: 'Aku belajar ilmu serta mengajarkannya dan aku membaca al-Quran kerana-Mu.'

Allah berfirman:
'Kamu berdusta, sebaliknya kamu belajar ilmu supaya disebut sebagai orang yang alim dan kamu membaca al-Quran supaya disebut sebagai qari. Dan gelaran tersebut diberikan.'

Kemudian diperintahkan supaya wajahnya diseret dan dilemparkan ke dalam neraka.

"Kemudian orang yang Allah luaskan dan kurniakan kepadanya berbagai-bagai jenis harta seluruhnya, dia didatangkan kepada Allah lalu diperlihatkan nikmat-Nya yang telah diberikan kepadanya sehingga dia melihatnya, Allah bertanya: 'Apa yang telah kamu buat dengan nikmat-nikmat tersebut?' Dia menjawab: 'Aku tidak meninggalkan satu jalan yang Engkau sukai supaya bersedekah kerana-Mu'

Allah berfirman:
'Kamu berdusta, tetapi kamu melakukannya supaya disebut sebagai dermawan, dan gelaran tersebut telah diberikan.'
Kemudian diperintahkan supaya wajahnya diseret dan dilemparkan ke dalam neraka.

--------------------------------------------------------------

Hubungan seseorang dengan Allah akan memberi kesan dalm kehidupan kita. Jika ini tidak berlaku, pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungannya dengan Allah. Samada dia beriabadah kerana berpura-pura, riyak, ujub, sum'ah atau sebagainya. Ikhlas. Itu yang penting. Bukan mudah untuk ikhlas. Oleh itu, kita perlulah perbaiki diri dari semasa ke semasa. InsyaAllah, hidup kita dirahmati dan diredhai Allah :')

"Ya Allah, jauhilah aku dari sifat riak, ujub dan segala penyakit hati yang lain. Aku berlindung hanya kepada-Mu. Jadikanlah aku seorang muslimah yang ikhlas dalam beribadah, sentiasa perbaiki diri menjadi yang lebih baik, jauhkanlah aku dari segala hasutan syaitan durjana. Bimbinglah hatiku ke jalan-Mu."
Aamiin :')