Thursday, 22 December 2011

Alhamdulillah :')


Assalamualaikum. Tadi fatin dah pegi ambik result. Alhamdulillah, 8A :') Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang banyak tolong fatin and family fatin yang sentiasa bagi sokongan. Terima kasih untuk sepupu fatin, Nur Amalina Alyaa kerana telah menggertak fatin malam semalam. Sampai menangis fatin semalam tauu. Siap kamu, tahun depan saya gertak kamu balik time kamu nak dekat SPM! Maaf gambar tak jelas. Ni pun ambik dari facebook cikgu fatin. Hehe.

Masa pagi sebelum pergi sekolah tu memang fatin tak lalu nak makan minum semua lah. Haiyaa, dup dap dup dap. Debar gila. Time dekat-dekat nak masuk kereta tu, cikgu call nenek fatin. Dia suruh nenek datang sekali. Mula-mula memang nenek taknak ikut, tapi dah cikgu jemput. Pegi je lah. Memang masa tu fatin rasa macam nak pengsan je. Nenek senyum memanjang. Dia cakap "InsyaAllah".

Dah sampai sekolah, fatin duduk dekat sebelah Tasha dengan Dayah. Rindu dekat diorang. Lama tak jumpa. Lama jugak lah kitorang tunggu. Pukul 10.30 baru umum. Memang tangan dah sejuk sangat dah masa tu. Mama(maksedara) dah banyak kali call tanya result macam mana.

Jeng jengg. Haaa.. Masa nama fatin keluar dekat slide tu, memang fatin terus menangis. Terharu. Tak sangka. Syukur sangat. Alhamdulillah :') Nenek peluk fatin. Lagi lah menangisnyaaa.

Congrats to :
9A : Anis Hanani, Mohd Izzy Hafeez, Siti Nor Aida
8A : Nur Sabrina, Nur Farahin, Nurul Fildza Izzati, Fatin Fareeza Syakira, Nur'Ain Ezzatie
8A1B : Hafiz Zikrie, Nor Farah Atiqah, Muhammad Firdaus Nazmi
8A1C : Muhammad Fairus, Fatin Syafiqa, Nur Syahira, Nurul Hidayah
7A1B : Shahirul Faris, Arief Amyrul, Nurul Shafikah, Amira Syafiqah, Nurul Alis Balkish
 Kawan-kawan sekolah lain :
Sarah Sorfeena[9A], Nur 'Aina Syamimi[9A], Aina Syazwani[9A], Farah Ziatul Rushidah[9A], Farhana Nur Izati[9A], Izni Aimi[8A], Sahani Azne[8A], Nurul 'Izzah[8A], Nur Raziqqin Sofiyyah[8A], Nur 'Athirah Izati[8A], Nur Najwa[8A].

Tahniah semua :D Fatin bangga dengan pencapaian korang. Tapi jangan lupa, dua tahun lagi kita dah jadi SPM Candidates pulak. Kepada kawan-kawan yang tak berjaya, jangan lah sedih. Kita ada lagi dua tahun. Kita kena buktikan dekat family kita yang kita boleh buat. Okay? Jangan pernah putus asa dengan Allah. Percaya semua yang berlaku pasti ada hikmahnya :') Doa dan tawakal mengiringi usaha kita semua. InsyaAllah, kita cemerlang dalam SPM nanti dan sama-sama kita semua naik pentas [walaupun lain-lain sekolah]. Saling mendoakan antara satu sama lain :')