Wednesday, 30 May 2012

Muhasabah diri :')


Janganlah kamu sembah di samping (menyembah) Allah, Tuhan apapun yang lain. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah. Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. Bagi-Nyalah segala penentuan, dan Hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan. [Al-Qasas:88]
Sesungguhnya pada-Mu kami kembali, pada-Mu kami berserah dan berharap ya Allah. 

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi? [Al-Ankabut:2]
Pinjamkan kami kekuatan-Mu ya Allah sesungguhnya kami lemah untuk menghadapi ujian-Mu, kurniakan Kami petunjuk-Mu sesungguhnya kami jahil. 

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram. [Ar-Rad:28]
Manusia boleh berubah dengan apa jua cara, disebabkan kerana apa juga keadaan yang berlaku. Boleh jadi berubah kerana musibah, boleh jadi kerana dipimpin orang tersayang, boleh jadi kerana tersedar sendiri daripada lena yang panjang, boleh jadi kerana hati tersentuh oleh ayat-ayat Allah di dalam al-Quran. Namun yang nyata Allah juga yang mengetuk pintu-pintu hati itu untuk berubah. Untuk lebih mengingati-Nya. Tidak hanya bertitik noktah pada solat lima waktu dan puasa bulan Ramadhan. Tapi lebih daripada itu. Dan bila begitu, apa yang hendak dirugikan? Memang sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan jadi tenang. Biar apa yang melanda dapat diterima dengan lapang. Mengingati Dia di waktu susah dan senang. Apabila hati telah diketuk begitu, hanya terpulang pada diri untuk buka pintu itu atau tidak.

---------------------------------------------------------------------------

sama-sama kita muhasabah diri. berubahlah menjadi yang lebih baik sedikit demi sedikit. semoga Allah merahmati segala yang dilakukan dalam kehidupan kita.

*copyright@aA+bB,Hlovate