Sunday, 27 May 2012

Ya Allah :')








Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini.
Tuluskah perasaanku ini? :'(







Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta
Labuhkanlah cintaku pada insan yang melabuhkan cintanya padaMu
Supaya cintaku padaMu semakin bertambah

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh cinta
Peliharalah cintaku supaya tidak melebihi cintaku padaMu

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati
Izinkan aku menyentuh hati insan yang hatinya tertaut padaMu
Peliharalah hatiku padanya agar tidak berpaling dariMu

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu
Rindukan aku pada insan yang merindui syahid di jalanMu
Peliharalah rinduku supaya tidak lalai dari merindui syuraMu

Ya Allah,
Jika Engkau halalkan aku merindui hambaMu
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga terlupa cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Ya Allah,
Engkau tahu semua hati ini
Telah berhimpun dalam cinta kepadaMu, bertemu dalam ketaatan terhadapMu, bersatu kerana dakwah padaMu, berpadu dalam membela syariatMu
Kukuhkanlah ikatannya, ya Allah
Kekalkanlah cintanya

Tunjukkanlah semua jalannya
Penuhilah semua hati ini dengan cahayaMu yang tidak pernah pudar
Lapangkan dadaku dengan limpahan keimanan kepadaMu
Dan keindahan tawakal di jalanMu

Amin
Ya Rabbal 'Alamin

- Sayyid Qutb -

Someone who really loves you will show you they want you, will prove that they need you, will remind you they love you. Will put you in the list, "To be in heaven,together,forever."
Bilakah jodoh itu akan datang semua nya kerja yang maha Esa, Kita manusia cuma jangan berhenti berdoa dan percaya pada kuasa Allah. Bagaimana Allah mampu ciptakan pelbagai perkara berlainan rupa,sifat & personaliti. Begitu juga kebahagian. Jangan terlalu berfikir sesuatu di luar jangkaan,tapi jangan pernah putus asa pada Allah yang maha memberi kebahagiaan. 
- Kak Dena Bahrin -